Tuesday, May 19, 2009

Cabaran Dalam MLM

Sepanjang menjalankan perniagaan Alpha Lipid ini, saya boleh merumuskan ada 4 perkara yang menjadi halangan untuk kita berjaya.

1. Diri Sendiri
2. Pasangan
3. Kawan/Saudara Mara
4. Masa

Diri Sendiri
Salah satu cabaran dalam MLM ini adalah diri sendiri. Anda kurang percaya kepada diri sendiri bukan?Kenapa?Antara sebabnya ialah anda merasakan MLM ini memerlukan kebolehan untuk bercakap, berkawan dan mencari prospek. Anda tidak yakin untuk bertemu dengan mereka ini. Anda was-was dengan kejayaan yang bakal anda perolehi. Diri anda sendiri adalah musuh pertama yang perlu anda tewaskan.

Pasangan
Saya bersyukur kerana isteri saya amat memahami keadaan saya yang kadangkala jarang berada di rumah. Sebenarnya pasangan anda memainkan peranan yang penting dalam anda menjalankan MLM ini. Mereka menjadi tulang belakang anda. Kepada pasangan, janganlah mudah marah sekiranya suami/isteri lewat pulang. Atau mudah menuduh pasangan main kayu tiga. Fahamilah bahawa kesusahan ini cuma sementara. Dan anda pula jangan lah mengambil kesempatan di atas kebaikan pasangan. Berusahalah bersama-sama kerana tujuan anda ingin mencari pendapatan sampingan ini adalah untuk keluarga juga.

Kawan/Saudara Mara
Siapa yang tak pernah diketawakan oleh kawan-kawan atau saudara mara? Mereka mencemuh malah merendah-rendahkan semangat kita kononnya ingin menjadi kaya. Pedulikan kata-kata mereka kerana kalau anda dengar kata-kata atau nasihat mereka, anda pun akan jadi seperti mereka..tiada duit..Semasa anda susah memanglah anda dicemuh, ditertawa. Tapi lihatlah bila anda sudah mampu memakai BMW 5 series, baru terbeliak biji mata. Pepatah Melayu ada mengatakan, Hina besi kerana karat, hina manusia kerana melarat. Anda buat sahaja kerja anda, sabar dan hasilnya anda akan dapat juga.

Masa
Anda ada masalah dengan masa pembahagian masa. Sebenarnya dalam MLM ini tidak memerlukan masa berjam-jam. Kita semua dianugerahkan oleh Allah 24 jam sehari. 8 jam bekerja, 8 jam tidur dan 8 jam berehat/santai. Anda cuma perlu korbankan sedikit masa rehat anda yang 8 jam itu. Peruntukan lebih kurang 3 jam bagi menjalankan perniagaan MLM ini. Memanglah anda terasa waktu rehat anda terganggu..Tapi bukankah kita kena "bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian". Selama ini anda sudah terlalu banyak berehat sehingga kewangan anda mula goyah. Tidak apa, anda masih lagi berpeluang membaikinya.

Itulah sedikit sebanyak yang dapat kita kongsikan. Saya teringat kata-kata Sheikh Saidey, jutawan insuran dari Kuantan..RAMAI YANG GAGAL BUKAN DISEBABKAN TAK BOLEH BUAT, TAPI BERHENTI BUAT. KITA KALAH DISEBABKAN AWAL-AWAL LAGI KITA MENGAKU KALAH..

Renung-renungkan...

MATLAMAT

Antara nasihat dari En Wan Hamidi kepada saya ialah kena bertanya diri sendiri dahulu apa matlamat saya. Setiap apa yang kita buat kena ada matlamat.

Sebelum anda memasuki dunia Alpha Lipid ini, pertama sekali anda kena tentukan apa matlamat anda. Hidup tanpa arah ibarat kapal tiada nakhoda. Anda tak tahu apa tujuan anda. Matlamat saya adalah kebebasan kewangan.

Selama ini anda bekerja makan gaji, tapi renungkan semakin lama anda bekerja adakah semakin banyak duit anda? Kalau banyak tidak apa, tapi kalau semakin sikit..Apa maknanya itu..

Bila anda sudah berada dalam situasi begitu, perlukah anda terus mengeluh tanpa mebuat apa-apa? Mengeluh takkan dapat mendatangkan wang..jadi anda perlu buat sesuatu..Tetapkan matlamat anda, sebagai contoh "tahun ini aku akan selesaikan semua hutang kad kredit aku".

Senaraikan matlamat anda dan cuba setkan berapa lama anda kena capai matlamat anda itu.

PENGENALAN KEPADA MLM

Pertama sekali bila orang dengar MLM, ramai orang takut.Malah menyampah, tak nak dengar.Tapi tahukah anda semua 10% jutawan di Malaysia terdiri dari kalangan MLM?

Apa untungnya buat MLM ini? Banyak untungnya. .

1. Anda jadi boss kepada diri anda sendiri.
2. MLM tidak melibatkan orang tengah.
3. Modal yang kecil
4. Dapat dilakukan tanpa tekanan dan menjimatkan masa.
5. Pelbagai bonus dapat dinikmati..(berbanding kerja makan gaji)

Anda kena faham maksud MLM-Multi Level Marketing. Anda kena tahu kenapa anda perlu menaja. Ibarat macam ni lah..Anda ingin berniaga satu produk. Anda ingin menjualnya dalam kuantiti yang banyak, tapi mampukah anda kalau ingin menjual 1000 unit dalam sebulan seorang diri? Tentu tidak mampu bukan? Sebab itulah anda perlu menaja orang di bawah anda supaya produk anda itu dapat dijual dengan lebih banyak. Sebagai balasan, syarikat yang membawa produk itu akan memberi pelbagai pulangan menarik mengikut sistem bonus masing-masing.

Janganlah berfikiran negatif bahawa MLM ini hanya menguntungkan orang atas sahaja. Lebih banyak anda usaha, lebih banyak anda dapat. Malah anda boleh memotong bonus orang atasan anda. MLM ini adalah kerja berpasukan,bukan seorang-seorang. Jadi sebelum memilih MLM, anda kena setkan minda anda bahawa anda bukan bekerja seorang tapi berpasukan.

Anda akan berjumpa dengan pelbagai ragam manusia, tapi anggaplah itu asam garam berniaga. Kalau difikir-fikirkan, lebih susah lagi kalau anda ingin berniaga sendiri. Banyak perkara perlu difikirkan seperti sewa kedai, gaji pekerja dan kos-kos overhead yang lain. Cuma dalam MLM anda tidak perlu itu semua.

Dalam Alpha Lipid ini, semua orang berpeluang dapat bonus. Nak atau tak nak buat sahaja..

Tips-Tips Dalam Menuju Kejayaan

Salam sejahtera kepada semua

Saya mengambil peluang ini untuk berkongsi tips-tips yang mungkin sedikit sebanyak dapat membantu anda semua dalam mengharungi perniagaan Alpha Lipid Lifeline ini.

Tidak dapat dinafikan banyak dugaan yang datang semasa menjalankan perniagaan ini. Saya akan cuba berkongsi pengalaman saya di sini sebagai panduan kepada anda semua. Mungkin ia juga boleh jadi panduan kepada mereka yang baru sahaja ingin memasuki dunia Alpha Lipid.

Apa yang saya cuba kongsikan ini mungkin tidak sehebat leader-leader kita, namun apa yang baik itu apa salahnya kita ikut. Saya juga dalam proses belajar, malah saya masih lagi menimba ilmu dari leader-leader ini. Pengetahuan inilah yang saya kongsikan dengan anda semua.Ilmu tak boleh kedekut kan? Kita harus ingat kita bukanlah sempurna, jadi ilmu itu penting semasa kita ingin mencapai kejayaan seperti orang-orang yang telah berjaya seperti Encik Nik Hafiz, En Wan Hamidi, Encik Samhan dan Encik Asri.

Selamat berjaya kepada semua.